Tuesday, July 31, 2012

KOLAJ SARANG BURUNG







Saturday, July 14, 2012

CRAYON WATER COLOUR






Wednesday, June 13, 2012

CRAFT




bengkel yang diadakan di GALERI SENI SHAH ALAM.

Monday, March 26, 2012

KEPENTINGAN SENI VISUAL DALAM PENDIDIKAN KANAK-KANAK


PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

1.1 KANAK-KANAK DAN SENI VISUAL
Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta
berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran
mereka. Hasil kerja seni visual yang dihasilkan berfungsi sebagai
alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanakkanak.

1.2 KEPENTINGAN PENGAJARAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL KEPADA KANAK-KANAK

(a) Aspek Kognitif
Penganjuran aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat
melahirkan kanak-kanak yang mempunyai keupayaan
menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak
membuat keputusan.

(b) Aspek Fizikal
Penggunaan alat dan bahan memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot tangan (psychomotor) dan koordinasi tangan serta mata.

(c) Aspek Kreativiti
Latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid
untuk mengembangkan aspek kreativiti mereka. Aktiviti dan projek
di dalam pendidikan seni visual mengutamakan proses, berbanding
dengan hasilan akhir.

(d) Aspek Persepsi
murid boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan
pancaindera dan deria melalui proses penghasilan dan hasilan seni,
produk dan objek yang terdapat di sekeliling mereka.

(e) Aspek Sosial dan Emosi
Murid boleh berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial
selain meningkatkan keyakinan diri. Mata pelajaran pendidikan seni
juga menganjurkan semangat bekerjasama di dalam aktiviti
berkumpulan yang dibentuk.

1.3 KANAK-KANAK DAN SENI LUKIS

(a) Melukis sebagai Medium Komunikasi

Lukisan merupakan bentuk komunikasi awal kanak-kanak sebelum
 mereka berupaya untuk bertutur. Ianya dijadikan alat perhubungan
yang berkesan untuk berinteraksi.

(b) Melukis sebagai Cara Mencapai Kepuasan Diri

Melukis merupakan aktiviti yang mampu memberikan kepuasan
kepada kanak-kanak. Melalui lukisan, kanak-kanak dapat
meluahkan perasaan dan emosi selain dapat membina kekuatan
otot. Aktiviti sebegini juga dapat membantu menajamkan daya intuisi
kanak-kanak.

(c) Melukis untuk Meningkatkan Daya Penguasaan Kendiri (Self
Esteem)

Aktiviti melukis dapat memberikan kepuasan kepada kanak-kanak
dalam meluahkan apa yang dilihat lalu dipindahkan semula dalam bentuk dan rupa imej yang unik mengikut tahap pemahaman mereka. Melalui aktiviti melukis, kanak-kanak dapat meningkatkan daya sensitiviti pancaindera.











Saturday, March 24, 2012

KOLAJ POKOK

 Class B (3-4 yr)



 ini adalah kolaj yang telah dihasilkan oleh kanak-kanak berumur 3-4 tahun. bahan-bahan yang diberikan dan digunakan adalah ringkas dan senang seperti kertas warna untuk menghasilkan objek pokok, rumput, awan dan rumput. 

di bawah ini pula adalah hasil kerja kanak-kanak berumur 5-6 tahun. bahan-bahan yang digunakan diberatkan sedikit untuk menghasilkan kolaj ini seperti kertas warna untuk pokok, tisu untuk rumput (kemudian dicat mengunakan warna air), awan ditambahkan lagi tampalan kapas putih. 

aktiviti ini seronok dilakukan kanak-kanak dan mencabar minda kreativiti mereka. 


KELAS A (5-6 YR)




Tuesday, March 20, 2012

MENDORONG KREATIVITI KANAK-KANAK

MENDORONG KREATIVITI KANAK-KANAK
   
  • KANAK-KANAK  SEBENARNYA SUDAH PANDAI BERFIKIR SECARA KREATIF WALAUPUN BELUM PANDAI MEMBACA DAN MENULIS. 
  • DAYA KREATIVITI KANAK-KANAK YANG SUDAH DILATIH BERFIKIR SECARA KREATIF SEJAK KECIL LAGI AKAN MEMBESAR DAN LEBIH TINGGI DAYA KREATIFNYA DARIPADA MEREKA YANG TIDAK DILATIH BERFIKIRAN KREATIF.
  • BAHAN-BAHAN SEPERTI GAMBAR-GAMBAR DAN LUKISAN BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI ALAT BANTU MELATIH KANAK-KANAK BERFIKIR SECARA KREATIF.
*
*




 PENAMPILAN VISUAL
 
GURU BOLEH MENGAJAR KANAK-KANAK MENGEMUKAKAN IDEA-IDEA KREATIF MEREKA SECARA VISUAL

*BAHAN-BAHANNYA SEPERTI KRAYON, KERTAS, PENSEL, CAT .

*GAMBAR-GAMBAR – MAJALAH, AKHBAR DAN BUKU SKRAP.

*BAHAN MENGGALAKKAN KOMUNIKASI DAN IMAGINASI SEPERTI DAUN, RANTING, KULIT KACANG GORENG DLL.
*BAHAN  TERBUANG- KOTAK, KERTAS, PAPAN DLL. 

BAHAN BINAAN – GAM, PITA, GUNTING, KLIP DLL.





 
OBJEKTIF SENI VISUAL –
  • MELIBATKAN DIRI SECARA AKTIF, KRITIS, KREATIF & SERONOK
  • MENAJAMKAN DAYA PERSEPSI DAN IMAGINASI
  • MENGENALI ASAS SENI REKA
  • MENGEMBANGKAN KEMAHIRAN ASAS
  • MEMBIASAKAN DIRI DENGAN MEMBUAT REKAAN SENI SECARA TERATUR, CERMAT & SELAMAT
  • MEMPRAKTIS NILAI KERJASAMA, YAKIN DIRI, DISPLIN DIRI DAN SIKAP TANGGUNGJAWAB