COMELNYA, MACAM MUKA AWAK COMEL......
( kelas A 5&6 thn)arts n crafs for kids class - kelas seni ni baru minggu pertama diadakan. setelah balik dari sekolah tabika, pukul 12.00 tengahari, mereka akan datang semula pada pukul 2-3.30 petang untuk mengikuti sesi kelas seni visual n kraf.
em,.... pada mulanya tak tahu nak buat apa. tapi barang-barang dah tersedia. cuma masih tercari-cari apakah yang bersesuaian. akhirnya kata putus aku memilih untuk bermain doh bersama-sama kanak-kanak ini.
aku rasa bermain doh memang lebih sesuai pada awal untuk membina koordinasi motor halus mereka (otot-otot jari). maklumlah, kanak-kanak ini lebih gemar bermain, cuma pendekatan bermain itu diselitkan secara tidak langsung untuk kanak-kanak ini belajar sesuatu.
aktiviti seni ini tidak membosankan mereka, malah ianya dapat membuka minda dan kreativiti. bakat seni dapat dicungkil, digilap malah diterapkan minat terhadap seni pada awal usia 4 tahun.
setiap hari belajar membaca, mengira, menulis, agak menekan minda dan emosi mereka. sesekali aktiviti seni ini diselitkan, mereka begitu teruja, seronok kerana tidak perlu membuka buku.
JOM ENJOY DENGAN SENI UNTUK KANAK-KANAK
BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT LANDAK.
- DOH @ dough (tepung yang diuli sendiri) - tepung, garam, air, pewarna sahaja.
- batang mancis
TA DAA..... inilah landak saya.....................
Kelas B ( 3&4 thn)
No comments:
Post a Comment